MENINGGIKAN KALIMAH ALLAH

Meninggikan Kalimah Allah
Pemilik Lafzul Jalalah
Seberapa tinggi?
Hingga kau minta dikongsi?

Tadabbur Surah Ali Imran
Bukan baca sekerat ligat
Tapi dari ayat satu hingga tamat
Hujah Allah sendiri atas Muslim dan ahli Kitab

Berapa kerat Muslim sudah katakan
Apa yang Allah minta katakan pada ahli Kitab?
Berapa kerat Muslim sudah pasakkan
Iman yang Allah sendiri minta ditinggikan?

Kita lebih rela berturut menari dendang
atas hujah toleransi dan keterbukaan
hingga bukankah Allah minta kita serukan
akidah tauhid tegas al wala' wal bara'

Bukan kita ekstrimis pemaksa
Tapi kita tegas bukti agama ini
bukan olok-olokan cuma
Dengan penuh prinsip dakwah buat maudhu'

Jika siapa-siapa berpaling
Sungguh tiada masalah buat kita
Bagimu agamamu, bagiku agamaku
Kerna aku hanya penyampai

Bukan kita yang memperjuangkan
untuk manusia kekal berpaling
kononnya menjadi sesat itu hak manusia
terus kafir itu hak asasi untuk dihormati

Lalu kau kata kau meninggikan kalimah Allah
tatkala kau minta nama Allah direndahkan maknanya?

Kita mahu terus kekal baik untuk
Muslim dan Non Muslim
Kerana Islam mengajar kita berbuat baik
Kita mahu terus kekal tegas akan
Tauhid Pemilik Lafzul Jalalah
Kerana Islam mengajar kita
menjadi penegak kalam Allah!

IBN MUKHTAR
16 Oktober 2013

No comments: