DUNIA INI TEMPAT UJIAN


Dunia ini tempat ujian
Buat orang-orang yang beriman
akan hakikat ujian itu
datangnya dari Allah
untuk dihadapi dan didepani
kerana mahu membuktikan
kita beriman sungguh bahawa itu
hanya ujian
yang menguji tahap iman kita
iman-iman kita orang beriman

Dunia ini tempat ujian
Jika kita yang beriman tak mahu diuji
mana lagi dunia yang ada buat kita?
mana lagi tempat untuk kita membuktikan
iman kita orang-orang beriman
mana lagi ruang kita yang ada
buat bekalan di dunia sebenar untuk kita
dunia akhirat hari pembalasan?

Dunia ini tempat ujian
Ujian bagi yang letih
untuk rehat mengumpul tenaga
Ujian bagi yang sedih
untuk redha bersemangat mencari hikmah
Ujian bagi yang terluka
untuk merawat dengan ikhtiar dan tawakkal
Ujian bagi yang jatuh
untuk bangkit bertahap penuh sabar dan tabah
Ujian buat kita yang lemah
yang bukan robot
tapi hamba, hanya hamba
untuk bergantung harap hanya pada Allah
itu iman, orang-orang beriman
iman-iman kita orang beriman.

IBN MUKHTAR
7 Mei 2014

No comments: