KOMIK DAKWAH

Komik Dakwah, kenapa takut
Sebab kau nak buat komik menarik
Kau fikir komik dakwah itu bosan
Kau fikir komik dakwah itu macam karangan
Kau fikir komik dakwah itu jubah serban
Kau fikir komik dakwah itu nikah kahwin
Kau fikir komik dakwah itu tak gambarkan Islam
Jadi, kau rujuk komik dakwah yang mana?

Kau fobia dengan istilah Komik Dakwah
Sebab dalam kepala kau ada stereotaip sampelnya
Kau benci sampel itu, rupanya buruk tak cun
Maka benarkah sampel kau itu mewakili Komik Dakwah?
Kau tak pasti, tapi kau hanya percaya

Maka mari terangkan kembali mindamu
Komik Dakwah itu adalah Dakwah
Apa stereotaip Dakwah bagimu?
Tidakkah kau nampak Nabi dan para sahabat?
Tidakkah kau nampak Alim ulama muktabar?
Tidakkah kau nampak aktivis dakwah
Yang korban masa, harta dan tenaga
Untuk sebarkan Kalam Allah ke seantero alam
Tidakkah kau nampak itu?

Oh kau tak suka komik ada ayat Quran dan Hadis?
Sebab apa ya? Itukan asas Dakwah
Bukankah Allah minta sebarkan KalamNya?
Bukankah Nabi ajar sampaikan walau satu ayatnya?
Sebab apa ya? Ada masalah apa?
Komik Dakwah tak selalunya menuturkan Quran dan Hadis
Tapi isi, mesej, tujuannya ke arah isi Quran dan Hadis
Kemuncaknya Dakwah ilALLAH
Menyeru pada Allah
Cinta agung kita semua
Atas kelazatan iman

Jadi kau tak mahu ajak pada Allah?
Sebab kau nak meraikan non muslim
Yang tidak beriman pada Allah dan Rasul
Kau nak cuma ajak pada nilai murni sejagat
Hak asasi manusia humanisme
Kau rasa itu ajakan terbaik
Boleh diraikan oleh muslim dan non muslim semua
Tapi sedarkah kau apa yang Nabi ajak
bila berhadapan non muslim?
Nabi seru "Katakanlah la ilaha illAllah!"
Dan apa kata Allah tentang sebaik-baik perkataan?
Tadabbur Surah Fussilat ayat 33,
itulah.. "orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan dan berkata,
'Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan
orang Muslim (yang berserah diri)"

Lalu malukah dirimu Muslim?
Malukah dengan seruan-seruan ajaran Islam?
Malukah menyeru jalan selamat untuk semua manusia?
Tidak takutkah jika kita sembunyikan seruan ini
di akhirat kelak kita menanggung azab atas kemurkaan Allah
Dan ingatlah dakwah itu wajib
Iaitulah menyeru kepada makruf
hal-hal yang Allah redha bukan manusia redha
dan mencegah dari mungkar
hal-hal yang Allah murka bukan manusia murka

Muslim itu berdakwah pada setiap pekerjaannya.
Dakwah sunnah Nabi yang wajib dilaksana
Maka kau melukis komik, nak lukis dakwah
atau fantasi?
Oh kau mahu fantasi, mahu tiru kisah
ajaib, superhero, fairy tale,
yang kau tahu itu hal bertentangan sunnatullah
yang kau tahu Allah murka
kau tahu Allah murka tapi kau masih mahu juga!
Kau tak kisah sebab ini yang kau mahu
bukan mahu untuk ikut apa yang Allah mahu
sebab kau mahu maka buatlah suka hatimu!

IBN MUKHTAR
3.10.2014

No comments: