Entah aku rindu

entah aku tak tahu
aku tahu hal ini tak perlu
tak perlu bagitahu
entah aku rindu

entahkan apa dah berlaku
aku tak tahu menahu
bila fikir rasa terpaku
bila abai rasa mahu

mahu ambil tahu
hal yang tak perlu
buat rasa haru
baik biarkan berlalu

entah nanti lenyaplah kamu
dengan jasamu yang beribu
dah terpahat dalam sanubariku
entah aku rindu

-ibn mukhtar 2020-