ini lumrah yang biasa

ini lumrah yang biasa
untuk orang biasa
kita bergelut tiada siapa kisah
kerana orang lain tidak susah

mungkin orang lain pun
ada sakit dan ujian
mungkin ada derita dan kecewa
tapi tak biasa dengan orang biasa

orang biasa ini umpama serangga
mati kita hidup kita hanya lumat
tiada harga tiada nilai
sifat kita untuk dilupa
kerana kita juga pelupa
bahawa kita hanya biasa-biasa saja.

mfr
tahun 3000

No comments: